Monday, August 31, 2009

Saper kata?


Selama ni, ramai yg kata macam2 psl bdk2 indie...
selekeh, x der pendidikan, tak tau isu semasa, merepek, mengarut and mcm2 lagi la...
mula2 aku ingat betul la sebab tgk org2 yg ala2 indie kononnya mcm lebih kurang tu jer....

Tapi semalam mengubah pandanganku....

Saatnya bila aku duduk sebelah Noh Hujan time recording Remaja utk raya. Mula-mula x perasan pun dia. Tiba2 jer dia tegur aku, dia kata aku 'comel' semacam (time tu, aku x tau la nak tersipu2 malu or nak marah kat dier). Dok tgh merapu sembang punya la sembang and dok mengutuk Bunkface, Lah (Meet Uncle Hussain) ngan rambut guitaris diorang, Am. Lepas tu aku ckp kat dia,jap lagi dah nak merdeka.Dia wat lawak lagi and tiba2 dia masuk isu kuil yg penduduk Shah Alam syeksen 23 yang berarak bawak kepala lembu. Dia sambil geleng2 kepala kata benda2 tu x patut sbb kita duduk satu Malaysia. Terus dia ckp psl konsep 1 malaysia. Perpaduan penting....pas tu dia kata Nabi Muhammad S.A.W pun x ajar mcm tu....dia ckp bab agama plak. Lama gak dia kupas isu tu. Dia tanya kat aku betul x?aku pun iyakan jer la...Pas tu, kitaorg terus merepek2 and gelak2 besar sampai habes recording....

Aku terpegun dan kagum.Respect beb!!!

p/s: tima kasih to syahmi sbb ajak aku pegi skali...

Thursday, August 27, 2009

In coming!!!



Assignments trying to be finished....

Stress starting to bugging me....

Anyone???....

Help!!!...



Friday, August 21, 2009

bersediakah aku?



Bulan Ramadhan bakal menjelang,

Bulan penyucian fizikal & mental,

Bersediakah aku?

Tuesday, August 18, 2009

Giler La....



Hari ni, 17 Ogos 2009 memberi kejutan besar buat aku, Tiba2 aku jadi suspect H1N1 !!!!.... Ceritanya mcm ni...

4 ptg :

Aku pergi la Pusat kesihatan (PK) tu ditemani oleh rakanku, Syahmi yang kemudiannya disusuli oleh Hamdan. Lepas doktor check, dia buat muka nervous and tulis surat panjang2. Entah apa dia tulis ntah. Tulisan doktor, aku tak paham.

5 ptg :

Aku disuruh buat medical check up kat PK tu and diorang sepakat nak rujuk aku kat Hospital TAR, Klang. Aku pun heran apasal sebab bila aku tanya jer, semua buat dono...

6 ptg :

Ambulan sampai and terus diorang baringkan aku dalam ambulan tu. Pas tu terus jer aku dengar bunyi siren ngan lampu2 dier berkelip2. Driver dier pecut ambulan tu laju nak mamposss....terkencing aku tgk dia bawak. Semua kereta lain bagi laluan. Korang bayangkan la, perjalanan dari PK ke hospital tu ambik masa tak lebih 5 min pun even jalan kat Klang time tu jem gilerrrr...(excited naik ambulan first time sbnarnya)

6.30- 12 mlm :

Diorang terus masukkan aku kat 'Red Zone' @ kecemasan kritikal. Diorang buat segala macam test kat aku. test darah 3 kali, test kencing 2 kali (cuba korang bgtau cam ner nak kencing 2 kali berturut2???), x-ray lagi and mcm2 la lagi. Tiba2 aku rasa cam alien plak..nasib baik doktor lawa giler. Setelah lama menunggu result test2 tu, akhirnya aku diberitahu yang aku hanya primary suspect. Kalau aku lambat, kena wad, confirm. then, dier bagi MC 3 hari suruh kuarantin kat rumah and bagi segala macam jenis ubat. So, discharge la aku drpd hospital tu....


*byk lagi citer yg aku x citer lagi dlm ni....

Thursday, August 13, 2009

Seorang lagi pergi...



Pergi lagi seorang pujangga dalam bidangnya,

Yang jua bakal sepi tanpanya....

*masih teringat ketika berjumpa di pertandingan dahulu...