Tuesday, August 18, 2009

Giler La....



Hari ni, 17 Ogos 2009 memberi kejutan besar buat aku, Tiba2 aku jadi suspect H1N1 !!!!.... Ceritanya mcm ni...

4 ptg :

Aku pergi la Pusat kesihatan (PK) tu ditemani oleh rakanku, Syahmi yang kemudiannya disusuli oleh Hamdan. Lepas doktor check, dia buat muka nervous and tulis surat panjang2. Entah apa dia tulis ntah. Tulisan doktor, aku tak paham.

5 ptg :

Aku disuruh buat medical check up kat PK tu and diorang sepakat nak rujuk aku kat Hospital TAR, Klang. Aku pun heran apasal sebab bila aku tanya jer, semua buat dono...

6 ptg :

Ambulan sampai and terus diorang baringkan aku dalam ambulan tu. Pas tu terus jer aku dengar bunyi siren ngan lampu2 dier berkelip2. Driver dier pecut ambulan tu laju nak mamposss....terkencing aku tgk dia bawak. Semua kereta lain bagi laluan. Korang bayangkan la, perjalanan dari PK ke hospital tu ambik masa tak lebih 5 min pun even jalan kat Klang time tu jem gilerrrr...(excited naik ambulan first time sbnarnya)

6.30- 12 mlm :

Diorang terus masukkan aku kat 'Red Zone' @ kecemasan kritikal. Diorang buat segala macam test kat aku. test darah 3 kali, test kencing 2 kali (cuba korang bgtau cam ner nak kencing 2 kali berturut2???), x-ray lagi and mcm2 la lagi. Tiba2 aku rasa cam alien plak..nasib baik doktor lawa giler. Setelah lama menunggu result test2 tu, akhirnya aku diberitahu yang aku hanya primary suspect. Kalau aku lambat, kena wad, confirm. then, dier bagi MC 3 hari suruh kuarantin kat rumah and bagi segala macam jenis ubat. So, discharge la aku drpd hospital tu....


*byk lagi citer yg aku x citer lagi dlm ni....

No comments:

Post a Comment